NEFS Night Cream Treatment

RM16.00

NEFS Night Treatment Cream adalah produk rawatan malam yang mengandungi anti-oksida yang tinggi. NEFS Night Treatment Creammengandungi Methylsilanol Hydroxyproline Aspartate yang dapat menghidrat, melembutkan dan merangsang pembaharuan sel kulit semasa tidur agar kulit anda lebih berseri ketika bangun tidur serta mengurangkan garis kedutan pada kulit. Selain itu, campuran ekstrak dari bahan-bahan alami seperti ekstrak timun, Aloe vera dan soapwort pasti dapat membantu memulih dan mengembalikan keremajaan serta keanjalan kulit anda.

Ekstrak Timun adalah superfood untuk kulit. Khasiatnya terdiri daripada protein, lipid, vitamin C, mineral dan mempunyai sifat pelembab serta emolien. Ekstrak timun juga mempunyai kesan astringen serta boleh melegakan dan menghilangkan kemerahan pada kulit yang bengkak.

Ekstrak Aloe vera memainkan peranan bagi merawat kulit kering dan mengekalkan kelembapan kulit yang berpanjangan. Ekstrak Aloe vera ini mengandungi asid amino dan kelembapan yang tinggi bagi membantu melembapkan semula kulit yang kering.

Ekstrak Soapwort mengandungi flavonoid dan vitamin C yang dapat mencegah penghasilan bintik gelap dan menghalang radikal bebas yang boleh menyebabkan tanda-tanda penuaan. Selain itu, ekstrak soapwort dapat membantu melegakan dan meredakan rasa gatal / ruam akibat masalah kulit seperti jerawat dan sebagainya.

Cara Penggunaan :

  1. Bersihkan kulit muka dengan pembersih muka.
  2. Lap muka anda menggunakan tuala yang bersih hingga kering.
  3. Ambil sejumlah kecil krim dan sapukan sama rata pada seluruh muka kecuali bahagian mata anda.

24 in stock