Ladizhon Nutri Oat

RM20.00

Ladizhon Nutri Oat dibuat 100% dari bijian oat yang dijadikan dalam bentuk serbuk yang mempunyai kandungan nutrisi yang sangat bagus untuk kesihatan. Oat mengandungi kalsium, protein, magnesium, zat besi, zink dan vitamin E. Oat sangat bagus diambil sebagai sarapan pagi dan bagi individu yang mengamalkan diet. Oat adalah makanan yang tinggi kandungan serat dan mampu memberi tenaga dan khasiat yang di perlukan oleh tubuh dan memberi rasa kenyang.

Selain itu, kandungan beta-glukan yang terkandung di dalam oat mampu mengurangkan paras kolestrol, tekanan darah tinggi dan risiko sakit jantung. Beta-glukan boleh mengurangkan kadar kolestrol, lipoprotein berketumpatan rendah (LDL atau ‘kolestrol buruk’) dan trigliserida. Beta-glukan membantu mengurangkan kadar penyerapan glukosa selepas makan dan mengurangkan peningkatan glukosa dan insulin dalam badan. Ianya juga boleh mengurangkan risiko untuk obesiti.

  • Tiada bahan pengawet.
  • Tiada gula.

Cara Penyediaan :

  • Masukan 2-3 sudu besar Ladizhon Nutri Oat ke dalam mangkuk.
  • Tuangkan 50ml air panas yang mendidih sedikit demi sedikit ke dalam mangkuk.
  • Kacau sehingga sebati.
  • Boleh juga di campur dengan susu, buah-buahan atau penambah perisa yang lain.

Nota : Simpan di tempat kering.

Out of stock

Categories: ,